Selamat Datang...

Semoga kita mencapai kejayaan.

Sunday, June 26, 2011

Wall of Fame 2010




Nama saya Nuraina binti Azman dan saya senang dipanggil Aina. Saya dilahirkan pada 2 Mac 1998 di Hospital Besar Seremban. Pada tahun ini, saya berusia 13 tahun dan merupakan Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Malim. Saya adalah anak kedua daripada enam orang adik beradik. Pada masa lapang, saya gemar membaca dan melayari internet. Bapa saya seorang guru manakala ibu saya seorang suri rumah tangga. Apabila dewasa, saya ingin mengikut jejak langkah bapa saya.
            Saya pernah menduduki tempat kedua dalam Pertandingan Penulisan Kreatif Peringkat Kebangsaan dan mengambil bahagian dalam Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Melaka 2010. Selain itu, saya memenangi tempat pertama dalam Writing Essay Buddy Contest yang dianjurkan oleh Kentucky Fried Chicken (KFC). Saya juga pernah terlibat dalam Malaysian Cybergames Fest 2010 dan Pertandingan Membaca Peringkat Negeri Melaka. 
            Moto saya adalah " kekayaan boleh dicari melalui pelbagai cara namun kejayaan hanya boleh dicapai dengan usaha".



M-POP





#Muka Kiut dalam Hati ada Taman*

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Temu Mesra

Majlis temu mesra ini diadakan adalah bertujuan untuk beramah mesra dengan ibubapa disamping menunjukkan keputusan peperiksaan. Dengan berjumpa, para guru boleh meluahkan masalah yang dihadapi oleh guru dan murid untuk mengajar dan belajar.
Guru umpama ibu dan bapa di sekolah. Tugas guru memang berat.



Terima kasih kepada ibubapa yang sudi datang dan mengambil berat akan pelajaran anak anda.

Wednesday, June 15, 2011

Salam 1 Malim

Salam sejahtera,
Aim this blog is created is to let everybody know about all activities in Sekolah Kebangsaan Malim.
From now on, every messages will post to this blog if any announcment made by Headmaster, teachers or administrator.