Nama saya Nuraina binti Azman dan saya senang dipanggil Aina. Saya dilahirkan pada 2 Mac 1998 di Hospital Besar Seremban. Pada tahun ini, saya berusia 13 tahun dan merupakan Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Malim. Saya adalah anak kedua daripada enam orang adik beradik. Pada masa lapang, saya gemar membaca dan melayari internet. Bapa saya seorang guru manakala ibu saya seorang suri rumah tangga. Apabila dewasa, saya ingin mengikut jejak langkah bapa saya.
Saya pernah menduduki tempat kedua dalam Pertandingan Penulisan Kreatif Peringkat Kebangsaan dan mengambil bahagian dalam Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah dan Rendah Peringkat Negeri Melaka 2010. Selain itu, saya memenangi tempat pertama dalam Writing Essay Buddy Contest yang dianjurkan oleh Kentucky Fried Chicken (KFC). Saya juga pernah terlibat dalam Malaysian Cybergames Fest 2010 dan Pertandingan Membaca Peringkat Negeri Melaka.
Moto saya adalah " kekayaan boleh dicari melalui pelbagai cara namun kejayaan hanya boleh dicapai dengan usaha".